Garis masa Kemangkatan dan pemakaman negara Elizabeth II

8 September 2022

  • 12:30 BST 8 September (19:00 MST) - Istana Buckingham mengumumkan bahawa Ratu berada di bawah penyeliaan perubatan di Istana Balmoral, Scotland selepas doktor menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan baginda. Empat anak Ratu bersama menantu perempuannya, dan Putera William dan Putera Harry, berangkat ke Balmoral.[1][2]
  • 14:00 (21:00 MST) - BBC menggantung jadual siaran BBC One untuk melaporkan keadaan semasa baginda, di mana semua pembaca berita dan wartawan mula berpakaian hitam. Siaran-siaran khas ini juga dipancarkan oleh stesen-stesen televisyen utama di United Kingdom; iaitu ITV, Channel 4 dan Channel 5.
  • 18:30 (01:30 MST, 9 September) - Laman sosial Twitter rasmi keluarga diraja Britain mengumumkan berita kemangkatan Ratu melalui satu ciapan. Ciapan yang sama juga menyatakan bahawa Raja Charles III dan Permaisuri Camilla akan kekal berada di Balmoral pada petang tersebut dan akan berangkat pulang ke London pada keesokan harinya.[3][4] Stesen-stesen televisyen Britian mengumumkan berita kemangkatan baginda sejurus selepas pengumuman dari Istana Buckingham. Semua siaran BBC (kecuali siaran kanak-kanak CBBC, diumumkan semasa siaran berita kanak-kanak Newsround; dan CBeebies) berlintas langsung dengan pembacaan pengumuman oleh pembaca berita Huw Edwards, diikuti dengan lagu kebangsaan Britian dikumandangkan. Bendera Union Jack di Istana Buckingham, 10 Downing Street dan Istana Balmoral dikibarkan separuh tiang.
  • Sebaik sahaja kemangkatan Ratu diumumkan, Putera Charles kini digelar Raja Charles III

9 September 2022


10 September 2022

11 September 2022

12 September 2022

13 September 2022

14-18 September 2022